25 Mac 2022 (Sabtu) – Alhamdulillah, Majlis Perasmian Kempen Kenali Al-Quran (KKAQ) 1444H/2023 anjuran Gabungan Dakwah Malaysia Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama ahli gabungan NGO termasuk Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang telah berjalan lancar. Majlis dirasmikan oleh YB. Dato’ Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin Bin Abd Rahman, Timb. Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Majlis diteruskan lagi dengan sisi tazkirah oleh Mufti Negeri Pulau Pinang, Y.BHG. S.S. Dato’ Dr. Wan Salim bin Wan Mohd. Noor dengan tajuk Keunggulan Al-Quran.
Seramai 20 orang telah menerima sumbangan Ihya Ramadhan yang terdiri daripada OKU cacat pendengaran, fakir miskin baik yang Islam dan bukan Islam serta golongan mualaf.
Jazakumullah khairan kathira diucapkan kepada semua pihak yang hadir menyokong kempen ini dan juga pihak sekretariat yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini.
Jom! Kongsi pahala dalam usaha dakwah & pemerkasaan mualaf melalui :.???????:5505 1085 0031 [The Trustees of Hidayah Centre Foundation].Sebarang sumbangan boleh maklumkan kepada kami:http://wasap.my/60134594518/Sumbangan.
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf