23 Mac 2023 (Khamis) – Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang bersama Gabungan Dakwah Malaysia Pulau Pinang telah melancarkan Kempen Ramadan Gift “to share and care” dengan menjemput kepada semua masyarakat muslim Pulau Pinang untuk bersama-sama kami dalam menjayakan Kempen Ramadan Gift berkongsi kegembiraan kepada masyarakat bukan Islam dengan memberi kurma dan risalah sempena Ramadan ini.
Kurma disediakan oleh pihak Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang dan boleh boleh didapatinya secara PERCUMA di Pejabat HCF Pulau Pinang mulai 23 Mac 2023. Kempen ini dijalankan sepanjang bulan Ramadan.
Anda boleh menghubungi pihak HCFPP di talian 012-550 3272. Stok adalah terhad..Jom! Raikan Ramadan ini dengan memberi sebanyak mungkin dan menyebarkan kebaikan.