fbpx

LATIHAN KEMAHIRAN SAMPAIKAN ISLAM MELALUI AZAN

26 Februari 2023 (Ahad) – Alhamdulillah, Latihan Kemahiran Sampaikan Islam Melalui Azan telah diadakan bertempat di Pejabat Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang. Latihan ini telah dibimbing oleh Tuan Haji Mohd Yusni Ghazali, Pengurus Hidayah Centre Foundation Wilayah Utara.

Seramai 6 orang peserta telah menyertai latihan ini. Terdapat peserta yang telah mendaftar pada awalnya namun terpaksa menarik diri atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Para peserta diberi penerangan dan latihan bagaimana untuk bercakap berkaitan azan.

Kenapa azan merupakan topik yang penting dan sesuai untuk di kuasai oleh masyarakat muslim untuk kongsikan Islam, antaranya ialah:

– Dalam azan adanya panggilan tauhid
– Seruan dakwah
– Dapat menyentuh hati dan jiwa
– Tiada lagu dan suara seindah azan
– Seruan kepatuhan kepada Allah
– Seruan kejayaan dunia dan akhirat.

Diakhir program, setiap peserta diminta untuk membentangkan semula topik ini. Secara tidak langsung memberikan keberanian berucap dan melatih skill bercakap.

#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Scroll to Top