fbpx

MOSQUE TOUR MASJID CINA TITI PAPAN

19 Februari 2023 (Ahad) – Alhamdulillah, Mosque Tour Masjid Cina Titi Papan berjalan lancar dengan kehadiran 30 orang pemandu pelancong ke Masjid Cina Titi Papan.

Rata-rata pemandu pelancong yang hadir melahirkan rasa gembira dan teruja setelah mendengar penjelasan tentang fungsi masjid, sejarah masjid dan cara perlaksaan bagaimana orang Islam menunaikan kewajipan bersolat. Mereka juga turut diperdengarkan ayat-ayat Al-Quran, laungan azan dan demo mengambil air wuduk.

Diharapkan program seperti ini dapat menyatu padukan masyarakat dengan memehami budaya dan kepercayaan agama masing-masing seterusnya menghilangkan sifat prasangka dan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Scroll to Top