fbpx

MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2023

5 Februari 2023 (Ahad) – Alhamdulillah, selesai Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2023 yang dilaksanakan bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina, bagi meraikan keluarga dan sahabat yang berbangsa Cina. Majlis ini merupakan anjuran MACMA Penang 华穆协槟州分会 dan Gabungan Dakwah Malaysia Pulau Pinang dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang dan NGO-NGO lain di Pulau Pinang.

Majlis yang dihadiri oleh seramai 500 orang tetamu ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin Bin Abd Rahman, Timb. Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan diserikan lagi dengan kehadiran YB. Lim Siew Khim, Adun Sungai Pinang..Program telah diadakan di Gelanggang Bola Keranjang dan Futsal, Persiaran Kapal Singh dengan aktiviti yang pelbagai dan menarik antaranya Harmony Walk, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertandingan Sukaneka, booth pameran dan banyak lagi. Tidak ketinggalan, tetamu kanak-kanak turut diraikan menerusi agihan Ang Pow. Majlis bertambah meriah dengan cabutan bertuah yang terbuka kepada semua hadirin.

Terima kasih diucapkan kepada semua tetamu jemputan yang telah menghadiri majlis ini. Kehadiran anda amat bermakna buat kami dan sangat dihargai. Semoga kita akan bertemu lagi dalam program-program yang akan datang.

.#hidayahcentrefoundationpulaupinang

#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Scroll to Top