fbpx

ASARA-PK KAEDAH MUDAH SAMPAIKAN ISLAM

28 Januari 2023 (Sabtu)- Alhamdulillah, Program “A.S.A.R.A. PK – Kaedah Mudah Sampaikan Islam” anjuran Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang dengan kerjasama Gabungan Dakwah Malaysia Pulau Pinang (GDMPP) telah diadakan di Pejabat Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang berjalan dengan lancarnya. Program ini di sampaikan oleh Tn. Noli Husain, Pengarah Outreach HCF (HQ) secara atas talian. Seramai lebih 20 orang peserta telah menyertai program latihan ini. .”A.S.A.R.A. PK ” merupakan salah satu kaedah dakwah kepada Non-Muslim dan kaedah ini insyaAllah efektif kepada semua. Kaedah yang memudahkan para daie untuk menyampaikan Islam secara tersusun.

Kaedah Dakwah ASARA -PK?

A – Ada (Tuhan Ada) Terangkan definisi Tuhan.

S – Satu (Tuhan Satu)Tuhan adalah Pencipta, bukan ciptaan. (Creator not a creation)

A – Al-Quran Wahyu TuhanAl-Quran terpelihara sejak 1400 tahun yang lalu serta telah dihafal oleh jutaan manusia.

R – Rasul – Rasul Utusan TuhanPara Rasul telah dinyatakan di dalam Al-Quran dan Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi yang terakhir.

A – Akhirat ada syurgaSetiap perkara yang dilakukan akan dibalas di akhirat kelak.

P – Pemilik SyurgaTerangkan siapakah pencipta syurga.

K – Kunci syurgaOrang yang memiliki kunci syurga (shahadah) sahaja yang boleh masuk syurga.

Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan sudi meluangkan masa. Semoga segala perkongsian yang telah disampaikan oleh dapat diaplikasikan oleh semua peserta dan memberi manfaat kepada semua.

Scroll to Top