12 Januari 2023 (Khamis) – Alhamdulillah, Terima kasih Jazakumullahu khairan kathira pada pihak Zakat Pulau Pinang (ZPP) terutamanya Dato’ Amran Bin Hazali, CEO ZPP kerana sudi menerima dan menyambut rombongan kami ke pejabat ZPP semalam.
Kunjungan kami ini bertujuan untuk menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak ZPP yang selama ini banyak membantu gerakkan NGO-NGO ahli GDMPP khususnya dari segi kewangan bagi menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Oleh itu, kami merasakan bertanggungjawab untuk membentangkan kesuluruhan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dengan bantuan dana dari ZPP.
Semoga dengan kunjungan dan kerjasama ini lebih melonjakkan dakwah di Negeri Pulau Pinang yang tercinta ini. Amennn.
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf