fbpx

SAMPAIKAN RISALAH ISLAM @ PROGRAM CITY WALK PULAU PINANG

1 Januari 2023 (Ahad) – Alhamdulillah, setiap tahun dimulakan tahun baru dengan program sampaikan risalah Islam dan air mineral di Program City Walk Pulau Pinang bersama-sama dengan NGO GDMPP. Masjid Jamek Benggali menjadi checkpoint tahun ini untuk edaran risalah dan air mineral. Lebih 2000 risalah Islam telah diedarkan kepada peserta program City Walk.

Semoga usaha yang kecil ini diberkati Allah dan diberikan hidayah serta taufiq kepada mereka yang membaca risalah tersebut. Terima kasih kepada sukarelawan yang turut sama membantu mengedarkan risalah.

#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Scroll to Top