20 November 2022
Ahad
HCF Sibu
Hidayah Centre Foundation Cawangan Sibu telah mengadakan Ziarah Harmoni ke Shiuan En Methodist Church (SCAC). Program bermula dari pukul 2.30 Petang sehingga pukul 4.00 Petang. Antara aktiviti adalah lawatan Rumah Ibadat, menyampaikan cenderahati, penerangan mengenai tatacara ibadah dan bersurai.
Sebelum balik kami sempat menjemput mereka untuk datang ke program Mosque Open Day pada 27 November 2022 yang diadakan di Masjid An Nur Sibu. Semoga pertemuan ini akan mengeratkan lagi hubungan dari pelbagai kaum dan agama di negeri Sarawak.