fbpx

PEMBENTUKKAN AHLI JAWATANKUASA RAKAN HIDAYAH PULAU YANG BARU

10 Disember 2022 (Sabtu) – Alhamdulillah, semalam telah berlangsung Rakan Hidayah Gathering di Pejabat Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang, Bayan Baru, Pulau Pinang. Seramai 22 orang sukarelawan telah hadir memeriahkan majlis.

Program dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Tn. Hj. Mohd Yusni Ghazali, Pengurus HCF Wilayah Utara, diikuti dengan slot Pengenalan Hidayah Centre Foundation (HCF), sesi taaruf dan perkongsian mualaf “Kembali Kepada Fitrah” oleh Saudari Syifaa yang berasal dari Sarawak. Kemudiannya diteruskan dengan pemilihan Ahli Jawatankuasa Rakan Hidayah Pulau yang baru. Alhamdulillah seramai 9 orang telah dilantik. Program diakhiri dengan taklimat mengenai projek-projek dana HCF.

Pihak penganjur merakamkan jutaan penghargaan kepada semua sukarelawan yang hadir ke program ini. Syabas dan tahniah juga kepada AJK Rakan Hidayah Pulau yang telah dilantik. Semoga amal ini diterima Allah s.w.t. dan dapat melonjakkan lagi usaha dakwah dan sokongan saudara baharu di Malaysia.

#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Scroll to Top