Syukur pada 6 Oktober 2022, Khamis yang lepas, Hidayah Centre Foundation Sarawak Cawangan Kuching Samarahan telah menghadiri majlis perkahwinan saudara baru kita, Nur Aina Khadijah binti Sunjong dan pasangannya di Jabatan Agama Islam Sarawak cawangan Kota Samarahan.
Untuk itu juga, kami dari Hidayah Centre Foundation Sarawak turut mengucapkan tahniah kepada saudara baru kita ini dan terus berdoa supaya pernikahan ini menjadi jambatan yang kuat untuk terus mengenali dan belajar tentang Islam.
Tahniah kami ucapkan.
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf
#HidayahCentreFoundationSarawak