Pada Sabtu 10 September 2022 telah berlangsung program Klinik Kaunseling dan Bimbingan anjuran HCF Pulau Pinang dengan kerjasama Marriage Counseling Centre & Training. Program dikendalikan oleh dua orang kaunselor iaitu Cikpuan Hanis dan Cikpuan Afiqah. Program tersebut bermula sejak pukul 9 pagi sehingga pukul 3 petang. Alhamdulillah program ini telah berjalan lancar dan mencapai objektifnya.
Program ini akan diteruskan lagi pada bulan hadapan. Jika anda perlukan khidmat kaunseling, sila hubungi kami untuk membuat temujanji dengan para kaunselor. Tiada bayaran dikenakan dan terbuka kepada semua.