fbpx

Ziarah Perkampungan Orang Asli Sungai Choh di Ulu Kinta, Perak

Pada hari sabtu, 6 Ogos 2022, Hidayah Centre Foundation Wilayah Utara telah bergabung tenaga untuk merealisasikan program ziarah Kampung Orang Asli Sungai Choh di Ulu Kinta, Perak bersempena 10 tahun penubuhan Hidayah Centre Foundation.

Staf-staf dari seluruh negeri wilayah utara termasuk beberapa ahli Rakan Hidayah Perak telah menyertai program ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ziarah ke rumah-rumah sambil menyalurkan sumbangan berbentuk beras, aktiviti gotong-royong dan memasak bersama dengan penduduk kampung.

Semoga ziarah kami ini dapat mengeratkan ukhwah sesama muslim dan menjadi asbab hidayah kepada penduduk yang belum Islam.

“Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf”

#hidayahcentrefoundation#hidayahcentrefoundationpenang#hcfpenang#hcfpp#hidayahcentrefoundationperlis#hidayahcentrefoundationkedah#hidayahcentrefoundationperak#hidayahcentrefoundationwilayahutara

Scroll to Top