fbpx

Open House HCF Johor Bersama Mualaf

Majlis Open House HCF Johor Bersama Mualaf
27 Mei 2022 / 25 Syawal 1443H

Lebih 150 orang tetamu yang terdiri daripada mualaf, ahli keluarga mereka, tenaga pengajar kelas bimbingan, sukarelawan Rakan Hidayah dan juga tetamu jemputan khas telah hadir ke majlis pada hari Jumaat lepas.

Majlis yang berlangsung daripada 3 petang hingga 9 malam itu turut dimeriahkan dengan pelbagai juadah raya. Selain makanan tradisi masyarakat Johor, makanan daripada Borneo hasil air tangan para mualaf turut menarik perhatian tetamu.

Antaranya adalah ayam yang biasanya dimasak di dalam buluh, Ayam Pansuh daripada etnik Iban/Bidayuh.

Selain itu ada juga Kinilau; sejenis masakan istimewa masyarakat Bajau/Suluk yang dikenali juga sebagai Hinava oleh masyarakat Dusun-Kadazan. Ikan mentah yang telah direndam dalam cuka/limau dan dicampur bahan-bahan lain dimakan begitu sahaja. Seumpama Umai di Sarawak. Rasanya sedap. (Min rasa macam makan kerabu mangga Kelantan..

Opor ayam (Indonesia), Laksa Sarawak, Bakso asli Indonesia, Buko Pandan (Filipino) dan pelbagai lagi.

Terasa kepelbagaian bangsa dan suku bersatu di dalam satu majlis..

Akan datang, kita tambah lagi daripada bangsa dan etnik lain. Yang paling penting, semuanya halal dimakan.

Sebelum berakhir, disampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Master Chef Raya dan Outstanding Baju Raya yang terdiri daripada mualaf yang hadir.

Terima kasih kepada semua pihak yang hadir termasuk para tetamu jemputan khas.

Moga majlis sebegini dapat menyubur dan merapatkan ukhuwah antara kita semua, menjauhi fanatik bangsa dan suku yang melampau, dan membawa kita semua berganding bahu berlumba-lumba berbuat kebaikan, dengan meraikan kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Sama-sama kita renung firman Allah SWT dalam Al-Quran, Surah Al-Hujurat (49:13):

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top