Sebanyak 310 buah kotak barangan asas telah disumbangkan oleh kedutaan Kuwait kepada Hidayah Centre Foundation baru-baru ini.Hidayah Centre Foundation telah mengambil inisiatif menyalurkan sumbangan yang diterima kepada mualaf, fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal.
Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan perbelanjaan dapur asnaf dan mualaf. Selain itu, ia juga sebagai salah satu usaha sokongan moral bagi membantu para asnaf untuk terus bersemangat menjalani kehidupan juga memberikan keceriaan buat semua mualaf menyambut Aidilfitri ini.
Terima kasih buat kedutaan Kuwait yang telah menyalurkan sumbangan dan memberikan keceriaan buat semua.
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf