6 Mac 2022 Ahad,
Kelas Bimbingan Saudara Baru (KBSB) Daerah Bau diteruskan lagi pada minggu ini.
Alhamdulillah pelajar-pelajar terus memberikan komitmen dan menunjukkan peningkatan dalam bacaan Iqra dan ilmu kefahaman Islam. Semoga semua pelajar dan tenaga pengajar dapat beristiqomah dan bersemangat untuk menerima dan menyampaikan ilmu.
InshaAllah tidak lama lagi seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Sudah pasti banyak program bersama saudara baru akan dilaksanakan untuk memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah islamiah antara saudara Islam. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah. Aamiin.
Sekiranya ada saudara baru yang berminat menyertai Kelas Bimbingan Saudara Baru (KBSB) bolehlah menghubungi di talian seperti di bawah untuk sebarang pertanyaan. Kami daripada Tim RH Kuching -Samarahan berharap akan lebih ramai lagi dapat bersama kami dalam misi #SampaikanIslamMemperkasaMualaf.
Hubungi HCF Kuching: 0149924886
Hubungi HCF Samarahan : 0133044829