Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2022

Pada tanggal 6 Februari 2022 bersamaan 5 Rejab telah diadakan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2022 bersama Komuniti Muslim Cina dan Bukan Muslim anjuran MACMA Penang dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang. Majlis berlangsung dari jam 2:30 petang sehingga 7 petang di Penang Harmony Centre.

Alhamdulillah, majlis meriah dengan kehadiran para saudara semuslim cina. Semuanya kelihatan gembira berbaju bertemakan warna merah. Anak-anak juga dihiasi pakaian tradisional cina iaitu Cheongsam dan Samfoo.

Untuk pengetahuan semua, HCFPP ada membuka booth dakwah di perkarangan majlis. InsyaaAllah akan terus dijalankan pembukaan booth dakwah ini di semua program-program berkaitan di masa akan datang.

Tahniah diucapkan kepada MACMA penang. HCF berharap agar dapat berkolaborasi lagi di masa hadapan bagi program silang budaya seperti ini.

#CNY2022

#HidayahCentreFoundation

#sharethemessageempowerthereverts

Scroll to Top