Alhamdulillah pada tanggal 5 Januari 2022 bersamaan 1 Jamadil Akhir 1443H, Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang (HCFPP) telah bersama-sama Gabungan Dakwah Malaysia Pulau Pinang untuk membuat kunjungan mahabbah ke IPSI.
Pertemuan ini disambut dengan amat mesra oleh Presiden IPSI sendiri iaitu Dato’ Haji Kamarudin Abdullah berserta staf-staf IPSI.
Turut menghadiri ialah wakil-wakil dari NGO lain dibawah GDMPP seperti Tuan Naser dari PELITA, Tuan Haji Khair dari SOLACE, Tuan Adam dari MACMA, Ust Rahman dari HALUAN, Tuan Zamri dari ICS serta Bro Ard dari IKRAM Pulau Pinang.
Didoakan semoga pertemuan ini memberi banyak manfaat kepada semua yang hadir dan juga kepada mad’u dakwah kita bersama.
Semoga dapat diadakan lagi pertemuan muhibbah ini di masa akan datang.