??? ????? ???????? ???? ???????? ?????? ???????.
Sepertimana yang kita semua sedia maklum, Perintah kawalan pergerakan (PKP) telah dikuatkuasakan di seluruh negara dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 di awal tahun 2020 lagi. Kawasan pedalaman yang terpencil di negeri Sabah iaitu Beluran turut tidak terkecuali untuk menerima tempiasnya.
Jika selama ini, penduduk di Beluran mendapatkan bekalan makanan di daerah Sandakan yang terletak kira-kira 130km iaitu lebih 2 jam perjalanan atau yang paling dekat pun di kawasan Paitan yang mengambil masa kira-kira 40 minit. Perjalanan ini perlu mengambil kira keadaan jalanraya yang begitu dhaif sekali. PKP yang dilaksanakan menyebabkan penduduk di Beluran kesulitan untuk mendapatkan bekalan makanan & hampir terputus sama sekali.
Mereka tidak dapat lagi keluar merentas daerah untuk mendapatkan bekalan kerana akur dengan PKP. Kerana kesulitan inilah, maka tercetusnya idea untuk memulakan perniagaan. Beberapa orang pemuda mualaf yang terdiri daripada penduduk sekitar Beluran telah berbincang dan mengambil inisiatif bagi menubuhkan perniagaan barangan runcit, yang dinamakan Al-Hidayah MiniMart di Kampung Dampiron, Sugut. Hidayah Centre Foundation telah berbesar hati menyalurkan bantuan modal kepada mualaf ini bagi memulakan aktiviti penjanaan ekonomi.
Alhamdulillah, kini kedai mereka mula menjadi tumpuan penduduk lebih dari 10 kampung di sekitar Beluran. Perniagaan yang sebelum ini diusahakan kecil-kecilan di pondok usang kini sudah mampu menjana keuntungan melebihi 5 angka sebulan. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan hikmah dari kesulitan yang dihadapi menjadikan anak-anak muda mualaf ini berusaha gigih menjana pendapatan sekaligus membantu meringankan kesulitan penduduk pedalaman untuk mendapatkan bekalan makanan. Syabas! Usahawan muda mualaf, Mohd Safwan & Mohd Siddiq yang berusaha keras membangunkan perniagaan di pedalaman. Semoga terus maju jaya dan menjadi motivasi buat sahabat mualaf lain untuk menggapai kejayaan.
Inilah sebahagian usaha yang dijalankan oleh Hidayah Centre Foundation dalam memperkasakan mualaf. Terima kasih buat semua penyumbang budiman yang berterusan menyokong serta berkongsi pahala dalam usaha menyampaikan Islam dan memperkasakan mualaf.
Ayuh! berkongsi pahala berterusan dalam usaha dakwah & pemerkasaan mualaf.
>> www.dahsedekah.com
>> www.dahsedekah.com
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf.