[Program Foodbank YaPEIM]
Pada tanggal 13 November 2021 bersamaan 7 Rabulakhir 1443H, Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang telah menjalankan amanah yang disandarkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) iaitu pengagihan barang dapur. Program ini dikenali sebagai Foodbank YaPEIM. Agihan diberikan kepada 70 buah keluarga di sekitar negeri Pulau Pinang.
Sehubungan dengan itu, pihak Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Rakan Hidayah Pulau Pinang yang turut berganding bahu dalam program Foodbank YaPEIM kali ini.
“Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf”
Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang