10 Nov, Alor Setar – Tim HCF Pusat dan HCF Kedah telah melawat Lembaga Zakat Kedah, Alor Setar dan tapak projek pembangunan asnaf (asnafpreneur) yang terletak di Pokok Sena. Turut sama ke lawatan tapak adalah Tuan Azizul Rusmadi bin Abdul Rahman (Timbalan CEO Lembaga Zakat Kedah), Ustaz Abdul Hadi Abd Majid (Ketua Jabatan Agihan dan Pembangunan Asnaf, Lembaga Zakat Negeri Kedah) serta tim pengusaha Petani Bijak.
Tapak tersebut akan dibangunkan projek ekonomi agro demi meningkatkan profil komuniti mualaf negeri Kedah. Semoga usahasama pintar ini berjaya mewujudkan ekosistem baru memperkasakan mualaf di negeri Kedah. Doakan ya.