11 Nov, Khamis, Penang – Alhamdulillah Tim HCF Pusat telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) di Georgetown yang disambut mesra oleh Dato’ Hj Kamaruddin Abdullah, Presiden IPSI.
Turut hadir mewakili Hidayah Centre Foundation, CEO HCF, Hj Fakharuddin Abdul Kudos; Ketua Perkhidmatan Korporat HCF, Hj Abdul Rahim Abdul Hamid; serta dua orang staf HCF.
Sesi kunjungan tersebut berlangsung dalam suasana ukhuwah dan muhibbah. IPSI dan HCF juga berkesempatan saling bertukar pandangan untuk memantapkan lagi usaha dakwah serta memperkukuhkan institusi dakwah di Malaysia.
Semoga dengan kunjungan ini dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan antara NGO dakwah.
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf.