fbpx

SYURGA BUAT AYAH

Baru-baru ini kami menerima pesanan ringkas dari salah seorang mualaf santunan Hidayah Centre Foundation. Beliau memaklumkan ayahnya telah meninggal dunia.

Apa yang membuatkan beliau yang pada mulanya kesedihan, akhirnya merasa gembira adalah kerana ayahnya sempat mengucapkan dua kalimah syahadah di saat-saat akhir kematian. Bercampur baur kesedihan dan gembira.

إِنَّا لِلهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali” .

Alhamdulillah. Jenazah ayahnya selamat diuruskan dan dikebumikan di perkuburan Islam. Beliau begitu bersyukur kerana Allah mengurniakan hidayah buat ayahnya yang dicintai sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Begitulah, kita sama sekali tidak dapat mengetahui pengakhiran hidup seseorang, apatah lagi hidup kita. Usahakanlah sebaiknya untuk terus menyampaikan Islam buat semua kenalan mahupun ahli keluarga kita yang masih belum beragama Islam.

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Semoga kita juga mendapat sebaik-baik pengakhiran hidup di dunia dan akhirat.

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa api neraka”

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf.

Ayuh! berkongsi pahala dalam usaha dakwah & pemerkasaan mualaf:
>> www.dahsedekah.com
>> www.dahsedekah.com

#HidayahCentreFoundation
#SuaraMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top