fbpx

Lawatan ke Kilang Pembikinan Bot & Sampan

Alhamdulillah pada hari Jumaat yang lepas, 21 Mei 2021, Hidayah Centre Foundation Cawangan Sibu telah melakukan ziarah saudara baru secara mingguan. Kali ini ziarahnya kami bertemu dengan keluarga Encik Johan yang berada di Kampung Sungai Lengan Sibu.

Pada hari kejadian, alhamdulillah kami bersama Encik Johan telah pergi ke salah sebuah Kilang Pembikinan Bot & Sampan yang bertujuan untuk melihat pembikinan semasa bot yang telah ditempah oleh Rakan Hidayah Sibu melalui kutipan amal yang dilakukan sebelum ini.

InsyaAllah jika siapnya pembikinan bot tersebut, ia akan memudahkan urusan saudara baru di Kampung Sungai Lengan Sibu nanti yang pastinya banyak manfaat yang akan diperolehi. Antaranya, memudahkan urusan pengangkutan pengajar untuk mengajar di rumah panjang yang berada di Kampung Sungai Lengan Sibu tersebut.

Doakan supaya urusan pembikinan bot tersebut lancar dan dapat disiapkan pada waktu yang tepat sekaligus akan digunakan terus nanti bersama saudara baru di Kampung Sungai Lengan Sibu InsyaAllah.

Jika Tuan/Puan mahu menyumbang kepada gerak kerja kami di Hidayah Centre Foundation, bolehlah Tuan/Puan mengikuti arahan sumbangan yang tertera di bawah InsyaAllah.

?Info lanjut mengenai HCF :
?Web: www.hidayahcentre.org.my
?Instagram: https://instagram.com/hidayahcentrefoundationsarawak
?Telegram: https://t.me/buletinHCF

?Kongsi Pahala: ? 5505 1085 0061 (Maybank)
Reference: HCF SIBU

Hubungi HCF Sibu: 017-2170675 (Saudara Syukri Jaffar)

#ZiarahSaudaraBaru
#HidayahCentreFoundationSarawak
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top