‘Melentur buluh, biarlah dari rebungnya’.
Baru-baru ini, seramai 14 orang anak-anak mualaf yang mengikuti Kelas Bimbingan Mualaf Bandaraya Johor Bahru telah menyertai program menabung anjuran Ikram Junior Skudai. Program menabung ini bertujuan untuk mendidik anak-anak ini dengan sifat pemurah dan rajin bersedekah.
Hasil tabungan mereka akan disumbangkan pada unit iBantu Johor yang berperanan dalam membantu masyarakat yang berada dalam kesusahan.
Semoga pendidikan awal yang diberikan pada anak-anak ini akan mendorong mereka untuk menjadi masyarakat muslim yang dermawan sepertimana dermawannya Abdurrahman bin Auf dan sahabat Nabi yang lain.
Jika anda ingin bersama kami dalam usaha memperkasakan mualaf, boleh sumbangkan melalui link berikut;
https://www.billplz.com/sedekahjohor
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf
#Ramadan2021