Dalam suasana pandemik Covid-19 juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, kita masih lagi dapat menyantuni kenalan juga jiran tetangga yang berbangsa Cina dalam sambutan Tahun Baharu Cina..
Tuan Haji Nicholas Sylvester turut berkesempatan menyampaikan buah tangan buat jirannya yang berbangsa Cina sebagai satu usaha mengekalkan keharmonian hidup berjiran dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini..
Staff juga sukarelawan Rakan Hidayah turut serta dalam menyampaikan buah tangan buat jiran-jiran berhampiran kediaman masing-masing. Semoga usaha ini dapat meningkatkan rasa muhibbah sesama kita..
Selamat Tahun Baharu Cina
Gong Xi Fa Cai.
Sampaikan Islam, Santuni Mualaf.