12 Disember 2020
Sabtu
HCF Kuching Samarahan
.
Pada 12 Disember 2020, Sabtu, Hidayah Centre Foundation Sarawak Cawangan Kota Samarahan telah mengadakan Majlis Perasmian Rumah Transit Mualaf Perempuan yang bertempat di Kota Samarahan, Sarawak..Perasmian ini dihadiri oleh Ustaz Anwar Musadad Bin Muhammad Tajuddin selaku wakil dari Pejabat Agama Islam Bahagian Samarahan, Ustaz Wan Ariffin Bin Wan Yon selaku wakil dari Pusat Perlindungan Mualaf Baitul Ihtimam, Dr Noor Hisyam Bin Noor Mohamed selaku wakil dari IKRAM Kota Samarahan. Encik Fathurrahman Bin Othman selaku wakil dari Hidayah Centre Foundation Sarawak serta saudara-saudara baru yang lain..Turut tidak dilupakan, Majlis Perasmian Rumah Transit Mualaf Perempuan ini juga dirasmikan oleh Ustaz Anwar Musadad Bin Muhammad Tajuddin, Pegawai Bahagian Dakwah dari Pejabat Agama Islam Bahagian Samarahan..InsyaAllah dengan adanya Rumah Transit Mualaf Perempuan ini dan kerjasama dari semua pihak yang terlibat, ia mampu membantu untuk memberikan sokongan yang baik kepada saudara-saudara baru yang memerlukan. Terima kasih Pejabat Agama Islam Bahagian Samarahan, Pusat Perlindungan Mualaf Baitul Ihtimam dan IKRAM Kota Samarahan!
.
Info lanjut mengenai HCF :
Web: www.hidayahcentre.org.my
Instagram: https://instagram.com/hidayahcentrefoundationsarawak
Telegram: https://t.me/buletinHCF
Kongsi Pahala: www.dahsedekah.com
.
Hubungi HCF Kota Samarahan: 0111-4006717 (Saudari Norazwa)
.
#HidayahCentreFoundationSarawak
#SampaikanIslamSantuniMualaf