fbpx

HCF DI JEMPUT MEMBINA MODUL FUNGSI DAKWAH DAN PENGKADERAN JAIS.

Shah Alam, 2 September-Baru-baru ini, Hidayah Centre Foundation telah dijemput oleh bahagian dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor untuk berkongsi pengalaman dan idea seterusnya membentangkan modul-modul fungsi dakwah dan pengkaderan. . Tuan Noli Husain, Pengurus Wilayah Tengah HCF telah hadir membentangkan modul-modul dakwah tersebut di hadapan lebih 30 pegawai bahagian dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor yang bertempat di dewan Melawati, Hotel De Palma Shah Alam. Pembentangan juga penambahbaikan modul ini dilakukan dengan objektif agar usaha pengislahan kepada masyarakat Muslim dan dakwah kepada masyarakat bukan Islam lebih berkesan lagi.
.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Mufti Selangor, Ustaz Dr Hj Anhar Opir dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIS, Ustazah Hjh Sabariah Salleh bersama pegawai-pegawai serta penasihat JAIS.
.
Jemputan ini merupakan satu pengiktirafan buat Hidayah Centre Foundation dalam bertukar buah fikiran bersama pihak JAIS dalam mempergiatkan lagi usaha-usaha menyampaikan Islam dan menyantuni mualaf bagi memastikan mutu dakwah dapat dipertingkatkan lagi dengan usaha yang lebih berkesan. Modul yang dicadangkan ini adalah bersesuaian untuk para pendakwah,aktivis termasuk penceramah-penceramah bertauliah di masjid-masjid seliaan JAIS di seluruh negeri Selangor.


Semoga modul-modul yang akan digunapakai nanti lebih berkualiti dan mampu mencapai objektif menggembeling tenaga dalam menggiatkan usaha lagi usaha dakwah. Tema ” No hatred, No Provocation,Love” yang bermaksud tiada kebencian,tiada provokasi dan cinta telah dicadangkan sebagai salah satu kempen agar para pendakwah juga penceramah dapat menghayati kaedah dakwah yang lebih berhikmah dapat dipraktikkan di masa akan datang. InsyaAllah.
.
Sampaikan Islam, Santuni Mualaf .
#HidayahCentreFoundation
#HCFxJAIS

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top