fbpx

HCF melangkah ke tahun 2020.

Di awal pagi Jumaat yang mulia, kesemua staff ibu pejabat Hidayah Centre Foundation telah menghadiri sesi bersama CEO HCF, Tuan Haji Nicholas Sylvester buat kali pertama di tahun baru 2020 ini.
.
CEO HCF merakamkan ucapan tahniah di atas segala pencapaian yang telah dicapai pada tahun 2019 iaitu antaranya HCF telah diiktiraf sebagai NGO Terbaik daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
.
Melangkah ke tahun 2020 ini, CEO turut memberikan kata-kata motivasi agar semua staff dapat bersama-sama mengembeling tenaga juga potensi diri dalam mengorak langkah menjayakan misi & visi HCF.
.
Staff HCF tidak sepatutnya merasakan cukuplah untuk menjadi insan yang biasa-biasa sahaja. Penglibatan dalam dakwah ini sepatutnya membuatkan setiap ahli pasukan ini ingin menjadi insan yang luar biasa.
.
Doakan semoga pasukan kami ini dapat terus proaktif melaksanakan tanggungjawab besar ini dengan mendapat keredhaan Allah. 💪💪💪
.
Sampaikan Islam, Santuni Mualaf

#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami