fbpx

Forum Harmoni : Mempromosikan Keadilan Menurut Perspektif Agama.

Sentul, 9 November – Hidayah Centre Foundation dengan kerjasama Gereja Katolik St. Joseph, Sentul telah berjaya menganjurkan Forum Harmoni bertempat di Dewan Monsigno Anthony Thomas, Gereja Katolik St. Joseph, Sentul Kuala Lumpur.
.
Forum dianjurkan dengan objektif bagi mewujudkan dan mengeratkan hubungan yang harmoni antara kaum dan agama. Disamping itu, penganjuran forum ini dapat merungkaikan persoalan dan isu – isu salahfaham agama dan kaum di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,agama dan bangsa.


Forum Harmoni kali ini mengangkat tema keadilan yang bertajuk “Mempromosikan Keadilan Menurut Perspektif Agama”. Forum ini mengenengahkan empat orang panel mewakili agama-agama utama di Malaysia iaitu Islam, Kristian, Hindu dan Buddha. Agama Islam diwakili oleh Dr Muhammad Nidzam Abdul Kadir , pensyarah di Universiti Putra Malaysia telah menyampaikan & berkongsi keindahan Islam dari perspektif keadilan menurut Al-Quran & sunnah kepada semua tetamu yang hadir.

Encik Francis Pereira yang merupakan seorang peguam telah mewakili agama Kristian. Encik Thurai Chantheran yang merupakan ketua sektor antara agama MOKSHA telah mewakili agama Hindu. Manakala, Encik A.K Nelson, Presiden Persatuan Siri Jayanti, Kuil Buddha Sri Lanka, Sentul, mewakili agama Buddha. Forum ini telah dikendalikan oleh moderator dengan begitu baik sekali iaitu Encik Kamarul Zaman Noor Mohamed, Ahli Jawatankuasa Penasihat, Hidayah Centre Foundation.

Seramai 75 orang tetamu daripada pelbagai kaum, agama dan rumah-rumah ibadah sekitar Lembah Klang telah hadir. Forum ini telah berlangsung dengan penuh suasana harmoni. Forum ini telah berakhir pada jam 12.00 tengahari dan disusuli dengan jamuan makan buat semua tetamu. Semoga program-program seumpama ini dapat dianjurkan lagi dimasa akan datang dalam usaha ke arah Malaysia yang lebih harmoni dan aman.

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf
#HidayahCentreFoundation
#DakwahHarmoni

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top