fbpx

Derma Darah ‘Perpaduan’ Hari Malaysia Di Teluk Intan

Teluk Intan, 14 September 2019 : Telah berlangsung satu kempen derma darah sempena Hari Malaysia 2019 yang julung kalinya diadakan melibatkan rentas agama & bangsa di Teluk Intan, Perak. Kempen ini telah diadakan di TF Value Mart Taman Melor, Teluk Intan yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Pertubuhan IKRAM kawasan Teluk Intan, Ust Shamsul Bahrain Bin Hashim serta dihadiri oleh wakil-wakil persatuan & agama yang terlibat iaitu En Chang Kok Lim, Pengerusi Gereja Cina Methodist Teluk Intan, Ms Ooi Choon Peng, Presiden Persatuan Buddhist Hilir Perak, Dr Somasundaram A/L SM ST Sithambaram, Penasihat Kuil Sri Vellai Vinayagar Teluk Intan, dan En John Joseph, Pengerusi Majlis Pastoral Paroki, Gereja Katolik St Anthony Teluk Intan serta En Zulkefli Sudin, AJK Rakan Hidayah Teluk Intan.

Kempen derma darah ini dibuat berobjektifkan memberi kesedaran kepada masyarakat berbilang kaum akan kepentingan menderma darah serta peka keperluan umum masyarakat serta memupuk semangat patriotisma dengan menyumbangkan darah untuk bekalan rakyat Malaysia. Dengan tema “Everyone can save lives”, kerjasama ini telah mendapat sokongan yang sangat baik daripada Unit Transfusi Darah Hospital Teluk Intan dalam mengendalikan program serta Pusat Dialisis Intan yang turut mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma pada hari tersebut.

Dalam ucapan aluannya, Ust Shamsul Bahrain telah menekankan akan peri pentingnya program seumpamanya ini dalam mempromosi budaya hidup harmoni di kalangan masyarakat serta membantu aktiviti derma darah yang sangat diperlukan oleh Unit Transfusi Hospital. Bahkan ini akan membantu mewujudkan rasa hormat menghormati sesama kaum dalam menghidupkan masyarakat yang lebih damai & rukun di bumi Malaysia.

Selain itu, program ini juga telah berjaya mengumpulkan sebanyak 24 orang penderma darah yang layak menderma pada hari tersebut. Besar harapan agar program seperti ini dapat terus dilaksanakan di kawasan lain juga demi mengukuhkan keharmonian & perpaduan masyarakat di Malaysia serta memecahkan tembok prasangka & sentimen perkauman di Malaysia tercinta ini.

Sayangi Malaysia, Malaysia Bersih!

everyonecansavelives

#dermadarahharimalaysia2019

#malaysiamenujunegararahmah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top