Ipoh, 7 September 2019 – Hidayah Centre Foundation (HCF) Perak dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia negeri Perak, kawasan Ipoh dan NGO SALIMAH telah berjaya menganjurkan program latihan buat sukarelawan ziarah hospital. Program ziarah hospital telah diadakan secara berkala bermula awal tahun pada setiap bulan hingga Disember.
Seramai 23 orang peserta hadir di dalam program latihan ini. Dua slot pengisian tentang adab menziarahi pesakit dan tatacara melayan pesakit beragama Islam untuk beribadat diberikan oleh penceramah yang berbeza.
Slot adab menziarahi pesakit telah diisi oleh pegawai HCF negeri Perak, Mohd Afiq. Penyampaian secara santai dan berbentuk perkongsian menarik minat peserta untuk berinteraksi sepanjang slot berjalan. Melihatkan keperluan untuk menziarahi pesakit yang ada dari pelbagai latar belakang agama dan bangsa, HCF mencurahkan idea di dalam slot ini.
Slot kedua pula berkenaan teknik bersuci dan solat yang boleh dibuat oleh pesakit. Slot telah disampaikan oleh Ustaz Zul, guru besar salah sebuah agama rakyat di perkampungan orang asli Sungai Siput.
Penutup program diakhiri dengan praktikal ziarah ke hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh