fbpx

Pengerusi HCF Malaysia di UTP

Perak Tengah – Program anjuran Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Petronas (UTP) ini telah diadakan pada 5 Julai yang lepas. Program ini hasil inisiatif sukarelawan Hidayah Centre Foundation Perak di Seri Iskandar.

Seramai lebih 20 orang terlibat di dalam program ini dari kalangan pelajar, pensyarah dan bahagian pengurusan universiti. Program yang diisi dengan pengisian berbentuk kuliah ini disampaikan oleh Pengerusi Hidayah Centre Foundation, Hj Nicholas Sylvester.

Program ini juga dihadiri oleh En Mohd Noor Rosli Pengarah Unit Pengurusan Zakat & Wakaf Management dan juga Ustaz Rahmat Pengurus Pusat Islam An-Nur, UTP. Program seumpama ini patut diteruskan pada masa-masa akan datang, Justeru itu, pihak zakat dan pusat Islam UTP berminat untuk membiayai program seumpama ini di masa-masa akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top