fbpx

Mualaf HCF di raikan di program Jelajah Ramadan RTM.

Alhamdulillah. Terima kasih kami ucapkan buat radio Nasional FM, RTM kerana menjemput 60 orang mualaf santunan Hidayah Centre Foundation berbuka puasa dalam program Jelajah Ramadan RTM yang diadakan di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
.

Penghargaan yang diberikan oleh pihak RTM

Majlis yang dianjurkan RTM ini turut mendapat kerjasama dari syarikat korporat lain iaitu Cosway Sdn Bhd dan Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Sumbangan barangan keperluan harian juga duit raya telah diberikan kepada mualaf pada majlis tersebut.

Alhamdulillah, semua mualaf begitu gembira sekali diraikan di majlis yang berlangsung cukup meriah ini.
Ramai barisan artis turut diundang antaranya Najwa Latif dan Sufian Suhaimi bagi menghiburkan tetamu yang hadir.

Para mualaf juga turut bergembira kerana dijamu dengan makanan berbuka puasa yang begitu lazat sekali yang dihidangkan di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Eksekutif saudara baru HCF, Encik Fakhrulrazi mewakili HCF menerima penghargaan dari pihak RTM.

Semoga banyak lagi kerjasama yang dapat dianjurkan bersama pihak RTM di masa akan datang. InsyaAllah.

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf
.
#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top