Taiping – 18 Mei yang lalu telah diadakan Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre negeri Perak bagi tahun 2019. Majlis ini meraikan hampir 100 orang saudara baru, dan lebih kurang 300 orang wakil penyumbang untuk iftar bersama di Hotel Taiping Perdana.
Antara yang hadir pada malam tersebut ialah Yang Amat Berbahagia Toh Muda Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Orang Besar Jajahan Larut, Matang dan Selama, Dato’ Wan Mohd Isa Bin Dato’ Wan Mohd Razalli yang hadir menjadi perasmi MIPHC Perak kali ini. Beliau menegaskan bahawa program seperti ini juga dapat mengukuhkan hubungan silaturrahim antara pelbagai bangsa dan agama. Majlis juga diserikan lagi dengan ucapan daripada Ketua Operasi Negeri Hidayah Centre Foundation yang merakamkan penghargaan buat Hidayah Centre Foundation negeri Perak dan warga negeri Perak di atas kerjasama yang dilakukan bagi menganjurkan majlis ini.
Majlis diserikan lagi dengan slot penyerahan sumbangan duit raya kepada saudara baru.
Penutup bagi majlis ini diakhiri dengan solat berjemaah fardhu Isya’ dan solat terawih oleh imam jemputan, imam muda dari Palestin.