MELAWATI, 3 Mac – Telah berlangsungnya Majlis Jamuan Harmoni Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Hidayah Centre Foundation (HCF) dengan kerjasama Restoran Mohd Chan. Lebih 50 orang tetamu yang terdiri daripada tokoh masyarakat dari pelbagai latarbelakang agama dan bangsa telah hadir bagi memeriahkan majlis jamuan ini.
Program yang julung-julung kalinya diadakan ini melibatkan pimpinan agama Kristian dari Damansara Utama Methodist Church, Christian For Peace and Harmony Malaysia, Yayasan Gerak Cinta Hati Malaysia. Antara tetamu yang turut hadir ialah ADUN Teratai, YB.Lai Wai Chong dan ADUN Banting, YB Lau Weng San, YB Bryan Lain Wai Chong dan YB Lau Weng Dan.
Majlis Jamuan Harmoni Tahun Baru Cina ini berobjektifkan membina hubungan harmoni dengan tokoh masyarakat berbangsa Cina dan memperbetulkan salah faham yang mungkin timbul terhadap Islam dalam kalangan masyarakat bukan Islam.
Majlis yang bermula seawal jam 9.00 pagi, dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari surah Al-Hujurat oleh saudara Afif Firdaus yang kemudiannya diikuti ucapan aluan oleh CEO HCF, Tuan Hj Nicholas Sylvester. Dalam ucapannya, beliau menegaskan kepentingan untuk hidup dalam suasana aman dan harmoni didalam negara Malaysia.
Seterusnya, para tetamu telah ditayangkan dengan video yang begitu menarik dan memperlihatkan kepelbagaian kaum yang dapat hidup bersama dan menonjolkan Islam ini sebagai agama yang rahmah buat semua bangsa.
Ucapan seterusnya disampaikan oleh Timbalan Presiden MACMA Tn Hj Sharin Low yanh mengajak umat Islam untuk berdakwah melalui perbuatan dan akhlak yang mulia kepada masyarakat Malaysia yang majmuk.
Majlis ini juga turut mengundang saudari Nur Amira Ann Lee untuk menyampaikan perkongsian perjalanan hiduonya sebagai saudara baru yang bertajuk ” How do I celeberate Chinese New Year”. Pelbagai aktiviti lain juga turut diadakan iaitu kuiz pengenalan Islam dan cabutan bertuah. Jamuan makan pada majlis tersebut telah ditaja sepenuhnya oleh Restoran Mohd Chan. Majlis berakhir pada jam 12.30 tengahari dengan sesi bergambar bersama tokoh-tokoh masyarakat yang hadir.
Sampaikan Islam, Santuni Mualaf.
#HidayahCentreFoundation