Alhamdulillah baru-baru ini, delegasi Hidayah Centre Foundation yang diketuai oleh CEO HCF, Tuan Hj Muhammad Nicholas Sylvester telah melakukan kunjungan hormat ke pejabat Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Dato’ Ir Amiruddin Hamzah di pejabat beliau di Putrajaya.
Delegasi Hidayah Centre Foundation yang turut serta dalam ziarah tersebut adalah Tuan Hj Abdul Rahman Kassim, Ketua Operasi Negeri, Tuan Hj Ir Wan Ahmad Nizar Zakaria, Bendahari, Tuan Hj Zun Arif Hakim, Pengarah Jalinan Strategik Dana Korporat dan Encik Azrul , Eksekutif Jabatan Dana Hidayah Centre Foundation.
Pertemuan ini adalah bagi membincangkan halatuju Hidayah Centre Foundation serta bentuk kerjasama yang boleh dijalankan bersama-sama dengan Kementerian Kewangan Malaysia.
Alhamdulillah, semoga dengan pertemuan ini dapat melonjakkan lagi usaha-usaha melahirkan Malaysia baharu yang lebih sejahtera dan harmoni.
Terima Kasih Yang Berhormat Datuk diatas kesudian menerima kunjungan delegasi Hidayah Centre Foundation.
Sampaikan Islam, Santuni Mualaf
#HidayahCentreFoundation