“Saya segan dan takutlah nak mulakan dari mana nak sampaikan mengenai Islam”…
Situasi ini selalu terjadi kepada kita semasa menaiki pengangkutan awam seperti bas, LRT, KTM mahupun kapal terbang. Sebenarnya, memulakan langkah bagaimana untuk menceritakan Islam kepada Non Muslim tidaklah susah, sekiranya kita tahu cara-caranya. Berikut merupakan 5 cara paling mudah yang kami gelarkan sebagai “5S” sebagai panduan untuk memulakan dakwah kepada Non Muslim.
1. Senyum
Pernahkan anda mendengar lagu yang seringkali diulangsiar di kaca televisyen berkenaan kempen senyum? Ya. Percayakah anda bahawa senyuman itu mampu mengubah persepsi seseorang? Jadi mulakanlah perbualan anda dengan rakan Non Muslim disebelah anda dengan sebuah senyuman anda yang sangat manis bukan senyuman sinis. Senyuman yang paling manis, pasti mengubah persepsi sesiapapun mereka yang duduk disebelah anda atau sesiapapun yang anda sapa itu.
2. Salam
Setelah anda mulakan dengan senyuman, langkah seterusnya ialah menghulurkan tangan bersalaman sekiranya sama jantina. Sentuhan dapat memberikan aura yang positif kita kepada rakan Non Muslim. Tiada masalah untuk tidak bersalaman yang berlainan jantina kerana anda sudah mulakan dengan senyuman manis di awal tadi. Memadai juga menundukkan sedikit kepala dan meletakkan sebelah tangan ke dada sebagai tanda hormat kepada beliau.
3. Sapa
Mulakan dengan pertanyaan yang mudah untuk membuka bicara. Adalah lebih baik juga sekiranya anda tahu serba sedikit bahasa pertuturan mereka. Contohnya, “Ni hao! Vaanakam!Hello”. Teruskan dengan memperkenalkan ringkas diri anda beserta tujuan, kemudian tanyakan pula nama beliau. Sekiranya perjalanan mengambil masa yang sangat singkat, berbuallah sekadar perlu dan bertanya rakan Non Muslim untuk mencari titik persamaan bagi membuka ruang perbualan seterusnya. Boleh juga kita mencari satu isu semasa yang boleh dibincangkan bersama secara spontan dan kaitkan dengan Islam
4. Sopan
Bersopanlah ketika berjumpa dengan kenalan Non Muslim mahupun Muslim. Amalan ini sangat penting kerana kita ingin menyampaikan mengenai Islam bukan ingin bercanggah pendapat dengan mereka. Fokus kita ialah supaya kita dapat memperbetulkan salah faham oleh Non Muslim. Maka bersopanlah, inshaAllah apa yang ingin disampaikan akan diterima dengan hati terbuka oleh masyarakat Non Muslim.
5. Santun
Santun membawa erti berkhidmat atau “beri khidmat” memainkan peranan dimana anda perlu menyantuni setiap soalan yang ditanya oleh kenalan Non Muslim tersebut. Usah dibiarkan soalan yang ditanya tidak berjawab. Sekiranya anda tidak mampu untuk menjawab persoalan yang diutarakan, seeloknya anda meminta nombor kenalan Non Muslim itu dan katakana kepada mereka yang anda akan mencari jawapannya dan akan beritahu kemudian.
Mudah bukan! InsyaAllah, semoga Allah mempermudahkan dan melancarkan setiap perkataan yang ingin anda sampaikan mengenai Islam kepada Non Muslim tersebut. Belum cuba belum tahukan? Kita ubah persepsi kita dengan menyebarkan kasih-sayang melalui agama Islam yang indah ini.
Anda iIngin mengetahui lagi teknik-teknik menyampaikan Islam dengan mudah?
Ayuh bersama kami menyertai seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk yang bakal kami anjurkan lagi selepas ini!