fbpx

Salam Ramadan

 

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Segala puji hanyalah untuk Allah swt. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

Alhamdulillah, kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah swt yang sekali lagi telah memilih kita untuk menerima anugerahnya yang istimewa dengan mempertemukan kita lagi dengan Ramadan al-Mubarak yang penuh kemuliaan ini. Kehadiran Ramadan pada tahun 1439 Hijrah ini disambut dengan amat gembira dan rasa syukur kerana sememangnya bulan ini penuh dengan keberkatannya.

Ramadan bukan hanya menekankan hubungan kita secara khusus dengan Allah, bahkan ia juga adalah bulan di mana kita digalakkan untuk mempertingkatkan kebajikan kita kepada sesama insan. Justeru sempena bulan Ramadhan 1439H, HCF menganjurkan ‘Sedekah Ramadan’ dan ‘Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC)’ untuk memberi peluang kepada umat Islam di Malaysia meraih ganjaran pahala berlipat ganda di bulan Ramadan melalui amalan bersedekah.

Kami amat bersyukur kerana umat Islam di Malaysia sentiasa bermurah hati untuk menyumbang dan membantu golongan yang dalam kesusahan khususnya mualaf yang baru mulai hidup sebagai seorang Muslim. Melalui sumbangan ini, kita dapat menzahirkan rasa kesyukuran kita ke atas rezeki dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt yang dapat dikongsikan dengan golongan yang kurang berkemampuan. Firman Allah swt :

هَٰذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ ۖ وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ ”

Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”. [Surat An-Naml 40]

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan 1439H kepada semua Kakitangan HCF khususnya dan kepada umat Islam umumnya. Saya berdoa agar Ramadan kali ini menandakan titik permulaan kepada semangat juang yang lebih kental dengan natijah yang lebih berkesan kepada agama dan negara. Semoga Allah mengampunkan segala dosa kita serta menerima segala amalan ibadah kita di bulan yang mulia ini.

“Ahlan wasahlan Ramadan Al Kareem”

Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah
Pengerusi
Hidayah Centre Foundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top