“Saya tak boleh masuk masjid sebab ada kawan kata saya najis”, kata Jonathan yang beragama Kristian apabila diajak ke Masjid menunaikan solat asar.
Ringkas saya jawab, “Masjid Nabawi yang paling mulia pun Nabi boleh jemput orang Kristian masuk…”. Saya terus tunjuk Jonathan cara-cara ambil wudhuk.
“Lepas ambil wudhuk rasa tenang. Hilang stress. Rasa macam lepas mandi”, katanya selepas berwudhuk.
Oleh sebab Imam dah berada di rakaat ke-4, saya terus bergegas bawa dia masuk ke saf belakang. Dia ikut saya solat di sebelah saya. setiap gerakan diikuti.
Selesai solat, Kepalanya mendongak keatas, melihat sekeliling masjid.
“How do you feel”, tanya saya dengan senyuman.
“Tergamam…”, katanya dengan perasaan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Kita berborak-borak tentang hal agama. Dia kongsikan aktiviti-aktivitinya dalam gereja. Saya pula kongsikan tentang konsep Aqidah, Ibadah dan Akhlak dalam Islam. Kita saling bertukar pandangan.
“Satu faktor yang membuatkan saya paling kagum dengan Islam, adalah bahasa arab itu sendiri. Umat Islam masih mengekalkan bahasa Arab dalam al-Quran dan Ibadah mereka. Walaupun orang Melayu tidak tahu berbahasa arab tapi mereka solat dan baca Quran dalam bahasa Arab. Menunjukkan mesej Islam masih kekal suci sehingga hari ini.”, katanya yang kagum dengan Islam.
“Cuma satu saya tidak suka sesetengah dari ulamak yang memanggil kami dengan istilah KAFIR. Bagaimana mereka boleh kata kami kafir sedangkan mesej Islam tidak sampai kepada kami. Kami dapat kefahaman yang salah tentang Islam, adakah boleh digelar KAFIR?” soalnya dengan perasaan kecewa.
Saya cuba beri jawapan panjang lebar berdasarkan sedikit ilmu yang saya ada. Saya jemput dia untuk teruskan belajar tentang Islam dengan lebih mendalam. InshaAllah dia akan komited dalam mengikuti Kelas Bimbingan Mualaf di Hidayah Centre.
Jaga Akhlak sbg Muslim. Dekatkan mereka dengan Islam. Selamat mencuba