fbpx

ISU VIRAL MUALLAF DIABAIKAN, MARI BERSIKAP RAHMAH

Hidayah Centre Foundation (HCF) pernah membantu saudara Hoh Choon Hong dan isterinya yang juga seorang muallaf daripada segi kewangan, mencarikan peluang pekerjaan dan memberikan penempatan dari awal penghijrahan mereka ke Kuala Lumpur lagi sekitar tahun lepas. Pernah juga diberikan modal untuk memulakan perniagaan welding secara kecilan.

Saudara kita yang kita kasihi ini juga telah banyak dibantu oleh pihak lain antaranya MAIS, NGO Islam, masjid serta beberapa individu. Justeru, tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau sekeluarga diabaikan adalah tidak benar. Bantuan yang terakhir diberikan pihak kami adalah menyewakan sebuah bilik untuk mereka pada hujung bulan Oktober yang lalu.

HCF mengalu-alukan jika ada yang ingin membantu. Cuma perlu melihat kepada keperluan dan kesesuaian. Bantuan berbentuk tawaran pekerjaan, tempat tinggal dan bimbingan agama adalah yang terbaik supaya dapat membantu muallaf ini berdikari di masa hadapan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top