HCKK : 05/09/2021
Lokasi : Daerah Tamparuli
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya dapat menyerahkan bantuan makanan asas kepada 12 buah keluarga Mualaf yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Penerima bantuan terdiri daripada Mualaf yang berada Pekan Tamparuli, Kg Tamparuli, Kg Kionsom, Kg Kalian. Ada diantar mereka ini amat memerlukan bantuan dari kita. Mudah-mudahan Allah SWT memudahkan rezeki buat mereka.
Sekumpulan anak muda yang bersemangat dalam usaha membantu masyarakat. mereka hanyalah orang biasa yang ingin melihat saudara-saudara mereka senyum dikala menghadapi kesulitan hidup.
Terima Kasih kepada para penyumbang budiman yang memberi kepercayaan kepada pihak kami untuk menyampaikan sumbangan kepada masyarakat yang terjejas & memerlukan.
Semoga Allah SWT menerima amal ibadah para penyumbang budiman sekalian. Aamiin.
Jom ! teruskan menyumbang kepada Hidayah Centre Foundation Cawangan Sabah :
The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered
Maybank 5505 1085 0017
Hotline HCF Sabah : https://wa.me/+601118812126




















