KEGEMBIRAAN MUALAF MENERIMA RENDANG DAGING KORBAN DAN PEK HIDAYAH FOOD BANK

Alhamdulillah, baru-baru ini kami di Hidayah Centre Foundation menerima sumbangan berupa 30 bungkusan rendang daging korban beserta nasi himpit dari Datin Khayati dan sahabatnya untuk diedarkan kepada mualaf berhampiran ibu pejabat Hidayah Centre Foundation Taman Melawati.

Hidayah Centre Foundation bersama sukarelawan Rakan Hidayah Ampang Jaya turut menyampaikan sumbangan berupa pek Hidayah Food Bank berisi bahan makanan asas hasil sumbangan para penyumbang budiman.

Rata-rata mualaf melahirkan ucapan syukur dan berterima kasih buat semua sumbangan yang diberikan bagi meringankan bebanan mereka sepanjang fasa pandemik Covid-19 ini.

Semoga Allah melimpahkan kebaikan yang banyak buat semua penyumbang budiman dan sukarelawan yang turut bersama terlibat dalam menjayakan usaha ini. InsyaAllah.

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

#HidayahCentreFoundation
#HidayahFoodBank

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top