KUNJUNGAN HORMAT SECARA MAYA BERSAMA KEPIMPINAN YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM)

4 Ogos 2021 โ€“ HCF meneruskan lagi usaha menjalin jaringan dan kerjasama dengan melaksanakan kunjungan hormat secara maya bersama kepimpinan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bagi memantapkan perjuangan dan gerak kerja bersama agar dapat memberi manfaat untuk ummah.

HCF melalui unit Penyelidikan dan Pembangunan telah mengadakan kunjungan hormat secara maya ke pihak pengurusan YADIM bagi menyampaikan hasrat menjalinkan kerjasama dalam pelbagai lapangan antara kedua belah pihak.

Pada majlis tersebut, HCF yang diwakili oleh Hj Muhammad Fakharuddin Abd Kudos, CEO HCF bersama 16 delegasi yang mewakili pentadbiran & setiap jabatan di HCF.

Pihak YADIM pula diketuai oleh Tuan Kamarul Arief bin Tuan Soh, CEO YADIM bersama barisan pentadbiran dan pengurusan turut hadir dalam majlis kunjungan hormat ini.

HCF sangat menghargai sambutan baik dari YADIM dan melihat peluang luas dalam kerjasama yang bakal dijalankan di masa akan datang ini.

Semoga usaha bersama ini akan membuahkan hasil yang akan memberi manfaat kepada ummah.

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top