Uncle Felix & Kg Mangkaladom Dalam Jejak Dakwah

HCF Kota Kinabalu | 19.05.2025

Ziarah Ke Kg. Mangkaladom, Kiulu

“Menelusuri jejak ukhuwah & amanah”

Saya dan sahabat saya, Ustaz Mohd Mohd Zulfika, berpeluang menziarahi Kg. Mangkaladom,Kiulu. Sebuah kampung yang amat dekat di hati kami.

Kami bertemu dengan Uncle Felix, seorang mualaf yang sentiasa menjadi penghubung kami dalam usaha menyantuni saudara baru di kawasan ini.

Dahulu, surau kecil bernama Surau Saidina Hamzah ini berada di samping rumahnya dan kini, Alhamdulillah, surau baharu telah dibina bersebelahan rumah beliau. Satu perkembangan yang sangat menggembirakan!

Insya Allah, tahun ini Hidayah Centre Foundation cawangan Kota Kinabalu akan melaksanakan ibadah korban di kampung ini hasil amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh para peserta korban di bawah HCF.

Terima kasih atas sokongan semua. Doakan agar segala urusan berjalan lancar dan membawa manfaat buat komuniti di sini.

Disediakan Oleh,

Stella Stephen
Pegawai Unit Latihan & Outreach,
Hidayah Centre Foundation Cawangan Kota Kinabalu.

#ZiarahMualaf

#HCFSabah

#KorbanBersamaMualaf

#KgMangkaladom

#AmanahDisempurnakan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top