ππππππ ππ πππ ππππππ πππππππ ππππππ π πππππππππ πππππ ππππ
HCF Bundu Tuhan | 22 Mac 2025 (Sabtu)
Alhamdulillah HCF Bundu Tuhan telah melaksanakan Majlis Tajaan Iftar Mualaf di Kg Tinutuan, Ranau. Seramai 55 penduduk kampung yang diberikan bantuan bakul makanan yang terdiri daripada mualaf dan juga non-Muslim.
HCF ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua rakan agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Iftar Mualaf ini. Khususnya kepada Surau At Taqwa Kg Tinutuan, JHEAINS, JAKIM, IKRAM SABAH, YAYASAN IKRAM, YADIM dan Team Jelajah Dakwah Ranau.



Tidak dilupakan juga HCF mengucapkan terima kasih kepada AJK Surau At Taqwa dan semua penduduk Kampung Tintutuan atas kesudian menerima kami untuk melaksanakan Majlis Iftar Mualaf ini. Kami doakan semoga kampung ini sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
Ucapan penghargaan juga kepada semua penyumbang yang telah memberikan sumbangan berbentuk wang mahupun bakul makanan khususnya kepada :
YAYASAN IKRAM, KDMRS MUSLIM, YB DATUK HAJAH AMISAH BINTI YASIIN (ADUN DILANTIK) MERANGKAP KETUA PGRS BAHAGIAN PAGINATAN, DATUK HJ FAIMIN BIN KAMIN (PENGERUSI LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PPK KINABALU), R&D ENTERPRISE, WOHANIS BIN JAIN (PENGURUS TEGUH ENT)
Didoakan semoga para penyumbang mendapat keberkatan, rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
“Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain melainkan Allah akan menambah kemuliaannya, dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.” (Riwayat Muslim no 4689)
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf
#KgBunduTuhan
#HCBT
#tajaaniftarmualafhcs
#HCFSabah
#kgtinutuan