MAJLIS IFTAR PERDANA PENANG 2025: MUALAF TERHARU, UKHUWAH TERJALIN

MAJLIS IFTAR PERDANA HCFPP 2025

22 Mac 2025 (Sabtu) – Alhamdulillah, Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang kali ke-15 telah berlangsung dengan jayanya Sabtu lepas di Hotel Raia Inn, Bayan Lepas. Majlis ini bukan sekadar majlis berbuka puasa, tetapi juga platform untuk meraikan para mualaf khususnya yang baru memeluk Islam, mengeratkan ukhuwah sesama Islam dan memperkenalkan keindahan Islam kepada semua, termasuk kepada tetamu belum Islam.

Terima kasih kepada semua penyumbang, penaja, dan pihak yang membantu menjayakan majlis ini. Sumbangan yang diberikan memberi harapan kepada saudara mualaf bahawa mereka tidak bersendirian dalam perjalanan mereka mendalami Islam. Semoga Allah membalas segala kebaikan dengan keberkatan dan rezeki yang melimpah. Amennn.

Majlis ini dihadiri lebih 400 tetamu, termasuk 110 saudara mualaf serta keluarga mereka. Bagi yang pertama kali berpuasa, kami memahami cabarannya, tetapi insyaAllah ia menjadi satu perkara yang tidak akan dilupakan. Hidayah Centre Foundation akan sentiasa membimbing dan menyokong anda dalam perjalanan ini.

Buat tetamu bukan Islam yang hadir, kami berharap anda melihat sendiri bagaimana Islam menekankan nilai kasih sayang dan kebersamaan. Islam adalah rahmat untuk semua, dan kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan atau perbincangan bagi membina kefahaman yang lebih baik.

Terima kasih juga kepada sukarelawan Rakan Hidayah yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Dalam majlis ini turut diberikan penghormatan kepada mualaf dan sukarelawan yang banyak menyumbang dalam usaha dakwah. Semoga majlis ini diberkati oleh Allah taala dan dikira sebagai amal soleh. Amennn.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top