KONGSI REZEKI, SEBARKAN RAHMAH
HCF Kota Marudu Selesai Laksanakan Majlis Tajaan Iftar Mualaf 2025
23.03.2025 | Surau An Nur, Kg Kuranji, Kota Marudu | Ahad
Alhamdulillah.Team HCF Kota Marudu telah melaksanakan Majlis Tajaan Iftar Mualaf HCF Sabah yang berlangsung di Surau An Nur, Kg. Kuranji, Kota Marudu, Sabah.






Menurut Pengerusi Surau iaitu Encik Rahmat Bin Tosog, buat pertama kalinya majlis Iftar sebegini dilaksanakan di surau dengan kehadiran seramai 75 orang yang hadir serta 50 orang wakil ketua keluarga mualaf yang diraikan telah menerima bantuan bakul makanan. Alhamdulillah.
Sesi Tazkirah Ramadan telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Fikram Aidile Syah Bin Abdul Taip (Daie YADIM N.7 Tandek), manakala ucapan aluan telah disampaikan oleh Saudara Harmi Junick (Ketua Operasi Cawangan HCF Kota Marudu).
Jutaan terima kasih kepada penyumbang budiman iaitu Yayasan Buruj, Pertubuhan IKRAM, Yayasan IKRAM Malaysia, KDMRS Muslim, YADIM, Rakan Hidayah HCF Kota Marudu serta semua yang terlibat bersama menjayakan majlis ini.
Semoga para penyumbang dan keluarga diberikan kesihatan yang baik serta mendapat ganjaran pahala dan balasan syurga oleh Allah SWT. Aamiin.
“Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf”
Sebarkan Rahmah
Santuni Ummah