Mualaf Diraikan, Bukan Islam Turut Hadir – Indahnya Harmoni di Sabah

Alhamdulillah, bulan ramadan tahun 2023 yang lepas. Saya berkesempatan menyertai hampir kesemua pelaksanaan majlis berbuka puasa bagi meraikan mualaf dan komuniti mereka anjuran kawasan-kawasan yang ada pejabat Hidayah Centre Foundation Sabah.

Tim HCF Kota Kinabalu melaksanakan majlis berbuka puasa di Surau Nur Hidayah Kg. Lapai Tenghilan.

Alhamdulillah, penduduk kampung ini berbilang agama. Penduduk yang beragama islam bergotong-royong masak juadah berbuka dan menjemput penduduk kampung bukan islam bersama-sama dalam majlis buka puasa tersebut.

Pelbagai juadah dihidangkan. Lebih 20juadah termasuk kuih-muih dan minuman.

Penduduk bukan islam bersama menanti detik azan maghrib dilaungkan dan memberi ruang orang islam mengambil juadah.

Ruang kaki lima surau ini agak luas. Kami semua duduk bersila atas lantai dan makan bersama sambil berkenalan.

Alhamdulillah, kami juga mendapat tajaan bakul makanan untuk diagihkan kepada para mualaf dan penduduk yang memerlukan termasuk bukan islam.

Syukur, dapatlah mereka membawa balik bakul makanan untuk keluarga dan mengurangkan sedikit beban perbelanjaan waktu itu.

Buka puasa bersama ini mungkin dilihat kecil. Namun besar impaknya kepada si mualaf terutamanya. Kegembiraan mereka apabila menjadi VIP yang diraikan. Diberi pula buah tangan (bakul makanan) sebagai tanda ingatan kasih sayang dari semua penyumbang.

Ruang bersama bukan islam pula membuktikan betapa masyarakat di Sabah sangat tinggi nilai harmoni.

In sya Allah. Seperti tahun yang sudah dan pastinya setiap tahun, kami menjadikan majlis buka puasa ini menjadi aktiviti tahunan agar dapat menyantuni lebih ramai mualaf dan komuniti mereka.

Tapi, pastilah tidak akan berjaya tanpa sokongan dan doa dari semua agar Allah permudah.

Sudikah bersama kami untuk terus memberi makna dan kasih sayang kepada mualaf dan komuniti mengenali islam yang sebenar?

Saya sertakan pautan mudah untuk menyokong usaha santuni mualaf dan berkongsi islam.⤵️⤵️

https://catalog.billplz.com/HCF/payment-form/sedekahhcfsabah

Pertanyaan?

https://wa.me/60195246041?text=infak

https://www.facebook.com/share/p/15rpcSDQsy

Stella Stephen
Orang Lapangan
HCF Kota Kinabalu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top