fbpx

Masjid Albukhary Open Day

Masjid AlBukhary Open Day 2024

15 Disember 2024 (Ahad) – Alhamdulillah, program Masjid Open Day yang dianjurkan oleh Masjid Al-Bukhary Pulau Pinang dengan kerjasama Gabungan Dakwah Malaysia Pulau Pinang (GDMPP), Zakat Pulau Pinang, serta NGO-NGO di bawah naungan GDMPP termasuk Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang, Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, dan beberapa agensi kesihatan telah berlangsung dengan jayanya.

Matlamat utama program ini adalah untuk mendekati masyarakat bukan Islam di sekitar masjid, sekaligus memperkenalkan keindahan Islam. Pendekatan ini bertujuan memupuk nilai saling menghormati antara agama dan budaya dalam kehidupan bermasyarakat, ke arah membina suasana harmoni yang lebih erat di Malaysia.

Lebih 100 orang daripada masyarakat bukan Islam hadir memeriahkan program ini, antaranya dengan menyertai aktiviti mosque tour yang memberi peluang untuk melihat dan memahami suasana masjid secara dekat.

Antara pengisian menarik termasuk demonstrasi ibadah Islam seperti berwuduk, azan, solat, serta penerangan tentang Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas. Turut diadakan adalah aktiviti-aktiviti seperti Taici, senaman aerobik, pemeriksaan kesihatan percuma, peraduan mewarna untuk kanak-kanak, sumbangan kepada asnaf, serta cabutan bertuah.

Kami berharap program seperti ini dapat diteruskan di seluruh masjid di Malaysia. Inisiatif sebegini bukan sahaja membantu membina jambatan kefahaman, tetapi juga menghapuskan prasangka dan persepsi negatif yang mungkin wujud.

Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang (HCFPP) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha menjayakan program ini. Semoga Allah membalas segala usaha dengan kebaikan yang berlipat ganda.

#hidayahcentrefoundationpulaupinang

#gabungandakwahmalaysiapulaupinang

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top